Sahabatku...

Pages

Wednesday 21 November 2012

Yakinlah!! Allah di mana-mana, yang penting...

Assalamualaikum.
Apa khabar?
Harap semua sihat sejahtera, sentiasa menambahkan amal kepada Allah dengan kefahaman sunnah yang jelas.

Segala pujian hanya layak kita berikan kepada Allah S.W.T, Tuhan pencipta sekalian makhluk. Setiap perkara yang kita nampak, yang kita tidak nampak, yang kita dapat rasa, yang kita tidak dapat rasa, yang kita boleh pegang, yang kita tidak boleh pegang, semuanya adalah datangnya dari Allah.

Pertemua dua laut yang tidak bercantum, antara tanda kehebatan
Allah yang patut kita fikirkan.
Setiap perkara datangnya ada tujuan dan hikmahnya, dan tujuan yang paling besar adalah supaya kita meyakini kehebatan dan kebesaran Allah. Betapa Allah Maha Mengetahui apa yang sedang kita fikirkan sekarang, betapa Allah Maha Berkuasa menciptakan tujuh petala langit dan bumi, betapa Allah Maha Kaya memiliki setiap segala sesuatu dalam dunia ini.

Setiap hari malahan setiap ketika kita menggunakan nikmat dari Allah S.W.T. Hatta nikmat menggerakkan bibir, menggerakkan anak-anak jari, menggerakkan mata semuanya datang dari Allah. Tidak ada satu perkarapun yang datangnya dari kekuatan kita, malah kekuatan kita juga datangnya dari Allah.

Sungai bawah laut.
Maka, tidak dapat tidak kita semua perlu tunduk dan patuh kepada Allah dan tidak sekali-kali melanggar perintahNya serta mencontohi serta mengikuti NabiNya memandangkan setiap perkara yang kita ada datangnya dari Allah. Tidak layak untuk kita sebenarnya mengatakan apa yang kita ada pada hari ini adalah hasil usaha sendiri.

Allah menciptakan alam sekitar kita semata-mata untuk mengingatkan kita betapa hebatnya kuasa Allah S.W.T. Dan sebagai memuliakan kita manusia, setiap makhluk yang dicipta selain manusia tugasnya adalah berkhidmat kepada manusia dengan syarat beriman kepada Allah.

Perkara pokok untuk mendapat bantuan dari Allah adalah IMAN. Tidak dapat tidak, iman perlu diusahakan dalam setiap diri manusia kerana inilah sahaja satu-satunya tiket yang kita boleh usahakan untuk menarik kasih-sayang Allah untuk memasukkan kita ke dalam syurgaNya.

Dalam al-Quran hampir 2/3 diceritakan tentang kebesaran dan kehebatan
Allah, malah al-Quran sendiri adalah tanda kehebatanNya.
IMAN juga yang mampu membantu kita menambahkan kecintaan kepada Allah dan NabiNya, membantu kita bersemangat dalam setiap amal kita serta bersemangat belajar ilmu untuk lebih kenal Allah S.W.T.

Semoga kita semua dikurniakan IMAN, CINTA SERTA KASIH SAYANG dari Allah S.W.T.



Wallahua'lam.

Monday 19 November 2012

Allah jua tempat mengadu segala masalah...

Assalamualaikum..
sekian lama tidak bertemu....
harapnya semua sihat sejahtera....

ketika sedang menulis post terbaru ni, saudara kita di Gaza sedang dilanyak dan dihimpit bermula dari Awal Muharam. semoga Allah membantu perjuangan sahabat kita di sana, banyakkan doa untuk mereka serta sentiasa bersiap sedia untuk berjuang bersama mereka.

terkenang masa mula-mula datang ke mesir. selalu terfikir mengapa datang belajar mesir. ambil bidang perubatan pula. sedangkan minat di tempat yang lain. tiba-tiba dilantik menjadi "khadam" pula di sini. Allah..

sebermula menjadi "khadam", banyak pengalaman serta pengajaran baru yang dipelajari. pelajaran yang sama sekali tidak dapat di kuliah-kuliah, di perkhemahan-perkhemahan serta di seminar-seminar, melainkan perlu merasainya sendiri.

tatkala menjadi "khadam" di mesir inilah, merasakan betapa culasnya hati dengan Allah. betapa kurang kebergantungan dengan Allah. walaupun sering diajar ketika keluar 3 hari, 40 hari bersama rakan-rakan pendakwah tentang kepentingan kebergantungan serta keyakinan kepada Allah, namun keyakinan yang abstrak serta tidak dapat digambarkan dengan kata-kata ini hanya sedikit teruji apabila menjadi "khadam" di sini. alhamdulillah, Allah bagi merasa pengalaman ini. ketika merasai terkadang merasa pedih, sedih dan putus asa, tetapi perkara begini sebenarnya insya allah akan mengajar erti keyakinan kepada Allah serta pengorbanan serta hidup berjemaah.

tatkala ramai yang memberi kritikan membina kepada kita, "mengapa tak bahagi tugas dengan ahli?" "mengapa tak mintak tolong ramai lagi?" megapa itu, mengapa ini, sampai-sampai hanya mampu menjawab dengan tindakan,ketika inilah belajar erti sabar dengan kerenah kawan-kawan. ini baru debu-debu dari segala kesusahan yang dihadapi para Sahabat r.anhum.

allah...

malam ini adalah malam rahmat. bergaduh dengan arab mesir sebentar tadi mengingatkan kepada sesuatu. mungkin Allah hantar ke mesir ini supaya melatih diri mempunyai hati yang cekal, tegas dan berpendirian. memang sangat mudah menangis kalau dimarahi, tetapi inilah medan untuk belajar dan belajar membina jati diri.




insya allah, berbaki 3 tahun di mesir.semoga semuanya dimudahkan Allah S.W.T. Allah jua tempat mengadu segala masalah...

penulis bersama sahabat-sahabat selepas solat aidil adha di Mesir...